iniAKU a.k.a KYRADIY

"Dimana Timbulnya Tekanan, Di Situ Munculnya Kekuatan"

  • Layar Kata iniAKU

    orang pengunjung. free hit counter

Tips Peroleh Sahabat Sejati - Part 2

Posted by a.k.a KYRA On 11:39 AM 0 comments


10 Tips Peroleh Sahabat Sejati

1. Jangan hancurkan ikatan persahabatan hanya kerana masalah kecil. Kalian perlu bijak berkomunikasi dan berbincang dari hati ke hati bagi memperbaiki hubungan persahabatan yang bermasalah itu.

2. Sikap saling menghormati harus diterapkan dalam hubungan persahabatan. Dengan ini, masing-masing akan tahu menjaga hati & perasaan antara satu sama lain. Jika anda menghormati orang lain, sudah tentu orang lain juga akan menghormati diri anda. 

3. Sifat cemburu harus dilontarkan jauh-jauh. Tidak semestinya kalian bersahabat, maka kalian perlu berdamping setiap masa. Bersedialah menerima hobi sahabat anda itu dengan hati yang terbuka tanpa rasa cemburu.

4. Dalam hubungan persahabatan, masing-masing harus berfikiran positif dan bersedia menerima kelebihan mahupun kelemahan satu sama lain.

5. Adalah lebih baik anda mencari seorang sahabat yang memiliki minat dan kecenderungan yang sama dengan anda. Dengan ini, masing-masing dapat berkongsi minat yang sama.

6. Jangan sempitkan fikiran anda dengan pemahaman mahupun kepercayaan anda sendiri. Sebaliknya, anda perlu menghargai dan menghormati pendapat atau pandangan orang lain. Paling tidak pun jadilah seorang pendengar yang baik.

7. Saling belajar agar masing-masing dapat menimba pengalaman dan pengetahuan baru selalu.

8. Jangan jadi talam dua muka. Masing-masing perlu mengamalkan sikap jujur dan ikhlas dalam persahabatan. 

9. Jangan mencampuradukkan masalah-masalah yang anda hadapi dengan persahabatan. Memang benar kalian boleh meluahkan perasaan namun jagan sampai sahabat anda itu turut rasa terbeban dengan permasalahan yang sedang anda hadapai itu. 

10. Pelihara pertuturan kalian agar masing-masing rasa dihormati dan dihargai.

Erti Persahabatan..

Bukan mudah memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami anda. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Sekiranya tersilap memilih sahabat, anda akan merana kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan anda. Sehubungan itu, ini adalah rahsia untuk menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Ikuti tip berikut yang dapat membantu anda mencari teman sejati:-

1.Boleh Berkongsi Apa Saja
Individu dari kategori ini sanggup mengetepikan krisis yang sedang dialaminya demi sahabat. Tetapi jangan pula anda mengambil kesempatan atas sikapnya itu. Bagaimana mengenal pasti individu jenis ini?
 gambar hiasan
  • Dia tidak kecoh & boleh menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
  • Dia sering bertanyakan khabar diri anda
  • Karier impiannya ialah seorang ahli psikologi.

2. Memahami
Dia boleh mendengar & menerima nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati yang terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan anda. Induvidu jenis ini wajar anda dampingi sebagai sahabat sejati. Bagaimana mengenal pasti individu jenis ini?
 gambar hiasan
  • Dia sedia dihubungi pada bila-bila masa.
  • Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
  • Dia banyak membantu anda dalam perhubungan percintaan.
  • Dia dapat mengenal pasti sama ada individu yang anda dampingi itu benar-benar ikhlas atau hanya memperalatkan anda sahaja.
3.Prefosional
Ketika anda mengalami krisis percintaan atau sebagainya, si sahabat datang menghampiri anda & cuba memahami situasi anda. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirinya dalam situasi yang anda sedang alami. Nasihat & pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak. Ternyata bahawa dia seorang sahabat yang wajar anda dampingi. Bagamana mengenal pasti individu jenis ini?
gambar hiasan
  • Dia bijak mengawal emosi anda setiap kali anda berada dalam keadaan tertekan.
  • setiap kali anda mengutarakan pandangan & cadangan, dia mendengar dengan teliti. Anda dapat melihat keikhlasannya itu menerusi sinar matanya.
  • Dia tidak pernah memberi sebarang alasan seirangnya anda ajak bertemu walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat luahan masalah pada waktu itu.
4. Jujur
Setiap kali anda tidak kena dengan penampilan anda, dia akan menegur dengan bijak. Ternyata dia ingin anda kelihatan 'cantik/kacak' sepanjang masa. Teguran & komen yang  diberikan itu membina & anda boleh menerima dengan hati yang terbuka. Bagaimana mengenal pasti individu ini?
 gambar hiasan
  • Dia merupakan individu yang 'lurus'. Namun kelurusannya itu tidak pernah menyakitkan hati anda.
  • Dia sedia menjadi 'tulang belakang' anda.
  • Anda sentiasa merasakan nasihat yang diberikan olehnya itu amat berharga.
5. Happy Go Lucky
Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di sekelilingnya. Dia sentiasa berada dalam keadaan ceria. Bagaimana mengenal pasti individu jenis ini?
  • Dia pandai menjaga & mementingkan penampilan.
  • Apabila bersamanya, anda merasakan detik itu amat menyeronokkan.
  • Dia menghiburkan. Sesiapa sahaja amat menyenangi kehadirannya.

Hindari Diri Daripada......
1. Teman yang 'Menjatuhkan" anda
2. Teman yang memiliki Pengaruh Negatif
3. Teman yang mempergunakan anda
4. Teman yang Tikam Dari Belakang
5. Teman yang suka Meniru anda

TIGA WAJAH

Posted by a.k.a KYRA On 2:13 AM 0 comments

 
SATU WAJAH
Terperuk Dalam Tragedi Semalam
Mengancam Kehidupan Mendatang
Menggugat Kewibawaan...

DUA WAJAH
Terperangkap Dalam Kemelut Harapan
Memenuhi Seribu Permintaan
Memerlukan Kekuatan...

TIGA WAJAH
Terjebak Dalam Kekaburan Impian
Mengharapkan Sejuta Peluang
Mendabakan Kecemerlangan...

Tak Perlu Lagi..

Posted by a.k.a KYRA On 1:40 AM 0 comments

Geleri Seorang Yang Bernama Teman...

Posted by a.k.a KYRA On 1:01 AM 0 comments


Ada kalanya
dalam kesungguhan
meniti sebuah pengharapan
kita sering tersalah erti
mencabar dan dicabar
mengejar dan dikejar
menyalah dan dipersalah
mengguna dan di perguna

berpuncakkah bukit?
tercapaikah impian
yang dikejar tak dapat 
yang di bendung berciciran
di perdendangkan hati
di gemgam bara biar jadi debu..

buat teman yang memahami..
ku pasti mengharungi kepayahan ini
walaupun sabarku dihinjak ke bumi...
 

Adikku.....

Posted by a.k.a KYRA On 12:18 AM 0 comments

 Tercetus : 7.59pm 29 May 2002

gambar hiasan

Setiap kau melangkah
dimana arah tujumu
setiap patah kau lafaskan
apa maksudmu
aku tidak mengerti!

adik,
ingatlah yang maha Esa
yang sentiasa memberi taufiq dan hidayah
mitaklah..

soalnya hati dan perasaan 
memang sukar untuk kita fahami
adakah itu jadi persoalan?
mungkinkah itu punca perpisahan?
ah! aku tidak mengerti!!!

Dengarlah wahai adikku..
antara kita masih ada cinta
antara kita masih ada sayang
kembalilah...
sesungguhnya berkasihlah sesama manusia
bahagia itu janjinya....

Kawan.....

Posted by a.k.a KYRA On 11:18 PM 0 comments

sajak ini aku copy dan paste (tapi ada ubah sikit laa....) dari majalah ujang.. aku ukir utk teman sewaktu aku form 5 dulu pada tarikh 10 Nov 2002...


Ada orang
nampak macam kawan
ikhlas di depan
kat belakang dia tikam kawan

ada orang
nampak macam teman
tidur sebantal makan sepinggan
tapi dialah gunting dalam lipatan

ada orang
nampak macam rakan
gelak ketawa gembira sakan
dalam diam dia sapu hak kawan

kawan 
apa yang lu layan
sikit punya hal dah nak belawan

teman
kenapa jadi begini
dulu dah best
sekarang tercerai-berai

rakan
hindarkan fikiran sempet ini
tujulah kearah globalisasi
semoga kita bertemu kembali
meski pun bukan di daerah sendiri..